2012
oh hi peeps. Assalamualaikum :)
dalam 20 minit lagi, 2012 datang. dekat Korea, diorang dah bising dah sambut. kat Malaysia sekarang, dia tengah bising ketuk ketuk pintu bilik aku. haihh. bila 2012 datang, bermaksud 2011 akan pergi. okay. 2011 memang superb macam 2010 dan 2009. aku rindu nak lepas dia. tahun ni, banyak benda yang berlaku. friends come and go, heart aches, new crushes - as always, add maths , learned new things and many more.
to those yang lighten my 2011, THANKS A LOT. family, kawan kawan, kawan kawan facebook, kawan kawan twitter, kawan kawan tumblr - okay banyaknya kawan aku, crushes yang respond kat aku - hihi, mereka yang aku tak perlu nak sebut, cikgu cikgu, artis korea - jangan bash aku, dan semua rakyat Malaysia. I LOVE YOU OLSS.
nak sambut 2012 ni, kalau orang yang duduk KL mesti sibuk dok nengok fireworks lah, tengok konsert depan tv lah, lepak lepak dekat club lah, sibuk beli condom lah. tapi aku? buat rileks goyang kaki depan pc, Nescafe Latte. LIKE A BOSS. okay i admit. LIKE FOREVER ALONE. okay cakap pasal tahun baru, tak sah kalau takde azam. padahal azam tu kenalah sentiasa ada. bukan ikut tahun. tapi takpe lah. pedulikan kata kata aku. azam tahun baru aku adalah *drumroll*
- seperti tahun tahun yang lepas ; study bersungguh sungguh biar sampai berpeluh - dan aku harap azam yang ini tahun ni memang betul betul jadi. yelah. SPM candidates. kena lah buck up study betul betul. tak macam tahun lepas and lepas and lepas. cakap tak serupa bikin. hewhewhew.
- set ambition baik baik. tahun ni kena aim betul betul. sebab cikgu kata, masa form five lah nak tentukan hala tuju kerjaya kita. apa yang kita betul betul minat. start dari sini dah kena fokus. okay mam?
- no breakups. no breakups dengan kawan kawan lah. aku TeamSingle. mana ada boyfriend okay. so, tahun ni takde pun yang jadi so lets maintain sampai forever and ever! bukan sampai tahun ni je.
- layan semua dengan lebih baik. kalau boleh orang terasa dengan aku, dan tak nak terasa dengan orang. and to special you. kalau boleh tak nak lukakan kau lagi. hehe.
- jadi manusia yang lebih baik. lebih alim. lebih sopan. lebih pandai. lebih bersungguh sungguh. and pelbagai lebih yang positif.
okay. azam lain lain, nanti aku fikir balik. that's all for 2011. bye :)
Labels: merapu




